Tuesday, January 24, 2012

Background Blog

Kalau korang t'tanya2 kenapa background aku yg actually lebih sesuai jika entrinya b'kaitan ttg dunia jahitan...jawapannya? Aku pun x tau...heheeee...Yg aku tau, aku suka colour dia yang agak soft, tp meriah gitu. Buat  masa ni aku rasa aku nak maintain ngan background ni sampai aku jumpe backround yg lebih cun dari yg ni. Boleh gitu?

Tuesday, January 10, 2012

Tabiat menggeletik!

Aku nak citer pasal satu tabiat dlm kuarge aku ni. Aku yakin yg korg takde tabiat ni melainkan kuarge aku je yg mewarisi keistimewaan nih. Perghhh! Yakin tahap gaban. Kalau Gaban tu leh tahu yg tahap keyakinan aku ni mcm dia, sure dia nanges sambil tepuk bahu aku sambil nyanyi 'Kita serupa...kita serupa'...Wakakaa...

Menggeletik yang aku maksudkan (tetiba je terus masuk tajuk) ni ialah dalam bahasa tepatnya (aku rasa tepatla ni mengikut kamus hidup aku) ialah MENGGELETAT @ satu perbuatan yg ala2 GELI-GELEMAN gitu. Tak paham? Err...aku terangkan macam mana. Fenomena ni dah lama b'laku dlm kuarge aku, dan aku pun tak tau nape. Bila aku citer ngan suami aku, selok dia ketawakan aku. Kurang asam betullah...Gini, aku dan adik2 aku ada satu tabiat yg mana kalau kami duk tahan diri dari nak kencing @ buang air besar.., badan kami secara automatiknya akan m'geletat @ geli-geleman. Dan utk diri aku pulak, tabiat ni bukan takat b'laku time2 nak pi tandas jer...kalau aku terasa ada org kt blkg aku atau aku perasan yg konon2 ada org duk perhatikan aku (kata cun mcm sailormoon, eh! tak, aku suke jupiter yg baju hijau tu)...huh! Confirm badan aku m'geletik time2 tu jugak!

Aku nak bawak korang imbau kenangan masa aku & adik-beradik aku kecik2 dulu. Mcm ni, aku 9 beradik semuanya. Along, pastu aku yg no. 2 selaku Angah, adik aku Ju, Awang, Ct, Amat, Uyu, Afiq dan yg bongsu Anis. Mak dan abah aku memang pandai merancang, diorg keluarkan kami 5 bradik yg teratas dulu. Selang 5 tahun (takpun 6 tahun...lupe) bila kami 5 beradik yg teratas ni dah besar panjang, diorg kuarkan adik2 aku lagi 4 orang. 1 lagi fakta  menarik,  berselang lelaki dan perempuan dari adik no. 3 sampai la bongsu. Alkisahnya, kami yang atas2 ni merasalah pengalaman mengasuh adik2  empat ketui tu yg masih kecik.

Part yang paling malas bila mengasuh budak2 kecik ni adalah time diorg t'kucil. Tak menyempat-nyempat! Kadang kat ruang tamu, celah2 kerusi, kat dapur...tak pun kat bilik. Kalau air kencing diorg tu meleleh sampai bawah lemari (almari), jenuhla nak mop. Mana nak angkat lemari lagi...satu keje plak nak kene gotong-royong ngan along & adik2 aku yg dah besor tu. 2 org angkat lemari dan sorang lg cepat2 capai mop, lap mana yg patut. Ikut suke diorg jer! Bukan reti nak masuk  bilik air ke ape ke...Bila aku bising2 macam ni depan mak aku, sure aku dpt ceramah free. Mak aku akan kasik aku dialog ni 'Masa mu kecik2 dulu ginilah jugoknye. Kalau dia (adik aku) reti, dia tau ehh masuk bilik air sendiri...Suh cuci kencing berak adik pun  payoh...bla...bla...bla...'. Hah! Cari pasal lagi ngan mak...kan dah kena peluru b'pandu tu. K, b'balik pada tajuk aku td...oleh kerana kami ni ada keistimewaan tu, jadi kami tau bila masa adik2 kecik kami ni nak m'buang. Aku bagi contoh adik aku yang no. 6-Amat. Dia ni masa kecik t'sangatla comel, putih melepak...badan lak motek (chubby). Dan kerana itu, t'sangatla senang kami yg atas2 ni nak tau bila dia nak m'buang. Bila bahagian mata, hidung dan telinga dia mula memerah...ha kami kena standbye dah. Menguatkan lagi jangkaan kami, bila tiba2 badan dia menggeletik geli-geleman gitu. Sah! Memang sah dah...dia nak buang air la tu. Kalau muka dia makin merah, pastu badan tak gerak2 statik jer...tu maknanya bukan takat buang air kecik, tp dia tgh meneran nak buang air besar! Habislah...

Time2 kecemasan macam ni, laju jer adik aku si CT cabut lari pi umah jiran sebelah. Bertuah betul...nak ngelatla tu. 'Saya chupp basuh berak adik!'..Jerit adik aku Ju tiba2. Belum sempat aku bukak mulut Along aku dah sambung jerit 'Along lap lantai!'.  Cis! Aku terlambat kali ni...Kalau diorg dah amik part paling senang, bermakna keje paling m'cabar yg takde sape2 nak chupp tu mutlak milik aku la tu.  Argghhhhh! Kenapa aku lembap sangat ni??!! Aku la tukang buang t**k tu...adoyaiiiii...Iyyekkkk! Adik aku yang Awang tu lelaki, memang selamat ar dari t'jebak ngan keje2 ni. Si Ju dah mula gelak2 kan aku. Dia ni memang, dari kecik suke main ejek2 sambil angkat ibu jari 'Hahhahaa...Angah kena buang t**k adik!'. Ggrrrrr...aku dgn hati yang bengkak, terpaksalah buat jugak. Sebab kalau aku tak buat, makan penampar free jer dari Along aku (Along aku tersangatla garang). Dengan langkah yg lemah aku pi cari sabut kelapa kat belakang rumah, kena cari yg sesuai supaya senang aku angkat benda alah tu dan buang dlm lubang sampah. Kalau nasib tak baik, sabut kelapa takde aku kena la pakai surat khabar sebagai alat ganti. Tu lagi payah, sebab dgn surat khabar confirm aku leh terasa yg aku sdg pegang benda alah tu. Tension betul! Sambil buat keje tu, mulut aku ni tak b'henti2 m'bebel. Bila dah settle sume keje2 tu, terjengullah muka si CT ni...Ceh! Mcm tau2 jer yg kakak2 dia dah settle sume. Dengan muka x b'salah & ala2 innocent gitu dia sengih kat kakak2 dia nih. Memang tak patut...

Gitulah citernye...so kami kalau nampak mana2 adik kecik kami ada reaksi mcm tu, cepat2 kami heret / angkat pi bilik air. Kang tak pasal2 kena main chupp2 lagi. Tapi kadang2 tu terbolos gak...hehheee...Sekarang ni adik2 aku dah besar panjang dah...yg bongsu dah masuk Ting. 1. Yg si Amat tadi dah tinggi benor dari aku...m'besor dengan hensemnye, muahhahhahaa!!! Makin besor le lubang hidung dia kalau baca pujian aku nih. Huhuuu....Bila aku dan adik2 aku kenang balik kisah ni, memang kami ketawa besar. Betullah...pengalaman tu sesuatu yang indah!

Muka Baruuu!

Salam.
Hoho...akhirnya berjaya jugak aku buat blog baru nih..yeyeaahhhh! Perggghhh! Skali suara macam Amuk daa...kuikuikuiii...
Ok2...aku buat blog ni khas utk kongsi suka duka  spjg hidup aku ni. Kalau korang nak follow, boleh follow...kalau x nak, mekaseh ye kerana singgah :).
Sebelum ni aku ada blog lain, tp dek kerana masalah teknikal (teknikal la sangat), aku 'rehat'kan dulu blog tu. Blog yg ni aku kira muka baru la dlm 2012 ni...heheh! Cittt...So, selamat jejalan kat blog aku yg cool ni...muahahahaa!!!