Wednesday, June 27, 2012

Mari belajar men 'doodle'

Ya...inilah tajuk entri aku setelah hampir berabad lamanya aku diam tanpa apa2 entri. Tak mau ckp byk, aku terus ke tajuk cerita. Ntah cane masa aku dated ngan Uncle Google aritu (ntah le bila), aku  tersalah masuk umah org. Dlm umah tu aku jumpe byk doodle yg comel2. Ooooo.... (haip, tutup mulut tu sikit), baru aku tau menatang apekah doodle tu. Pastu aku terpikir, cane la gamaknya diorg buat benda alah ni? Aku apalagi, terus tanya Uncle Google. Nah! Sekali Uncle bagi begitu byk alamat rumah orang untuk aku dapatkan jawapannya. Salah satunya ialah rumah Cik @ Puan Mawar Mujahidah. Guna Excel je pun...heh! Aku apalagi meneroka keseluruh ruang rumah dia untuk berguru secara maya (pergh! ayat tak mau kalah). Pastu dengan terkial2 aku try buat satu2... Hasilnya? Meh tengok kat bawah ni :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Amacam? Cun tak doodle yg aku buat ni? Hehee...boleh la tu kan untuk 1st timer mcm aku ni ...huhuu. So pasni kena menuntut ilmu lagi. Biar lagi pandai (wlupun skrg dah cukup pandai). Wakakaaa...

Ok, tu je entri arini...Masa utk bekerja, waktu rehat sudah habes maaaa....

p/s: Anda juga boleh melawat umah Cik@Puan Nurdani untuk lebih pandai :)

Wednesday, June 13, 2012

Hadiah dari Suami

Dlm entri lepas aku ada sebut tentang kejutan dari suami aku sbg hadiah hari jadi. Jawapannya? Tak de kejutan...yeayyyyyy :-(. Tapi petang tu dia belanja makan pizza then malamnya kami gi tengok wayang kat Wangsa Walk. Kami tengok citer The Avengers. Ok2, for sure ramai dah tengok citer ni & kami ni leh dikatakan ketinggalan ketapi dah...tapi tak pe, selagi masih ditayangkan kami nak tengok gak. Actually, aku tak kisah pun citer apa yang kami tengok. Yang penting aku dapat spend time with my sweeties husband (oh, sila tahan muntah). Dah lama rasanya tak tengok wayang berdua macam zaman bertunang dulu. Romantik...tengok mid nite lagi. Heheh~

Esoknya pulak, petang masa suami amik aku balik keje dia bagitau yg dia nak gi gunting rambut.
Suami : Isteri, nak duit 5 inggit. Nak gunting rambut. Abang tak cucuk duit lagi.
Aku : Ok.

Lalu je kat kedai gunting rambut dlm kawasan perumahan kami tu...tutup plak. Jadi suami terus hantar aku kat rumah. Kat parking motor tu :
Suami : Isteri, nak 8 inggit.
Aku : Aik??! tadi  5, skrg naik 8 plak?
Suami : Gunting rambut kat kedai luar 8 inggit (sambil sengih tayang gigi)
Aku : Ok...jap (Aku belek purse aku, nak cari ngam2 8 inggit)
Suami : Bagi jelah 10 tu~
Aku : Amboi, tadi 5, pastu naik 8, skrg nak 10 plak? Tak boleh! Isteri nak cari ngam2 8 inggit je bg kat suami..heheh~

Cari punya cari, ada 8 inggit. Tapi sayang plak nak bg duit pecah ni. So aku bg jelah seketul 10 inggit. Then suami aku gi kedai gunting rambut & aku naik rumah mcm biasa. Around 7.30 mlm kot, suami aku mcm penceroboh duk try bukak pintu rumah kami, padahal kunci rumah ada sgt. Aku yg tengah baring2  tengok tv tu tak kuasa nak layan (hahaha...baik punye bini). Biar dia bukak sendiri, sengaja je nak susahkan bini dia yg cun ni (ok, kali ni boleh muntah). Aku buat2 tidur, jadi suami aku pun bukak pintu sendiri sambil mengeluh.

Suami : Assalamualaikum. (Tgk, baru nak bagi salam). Sampai hati isteri tak tolong bukak pintu utk suami.
Aku : (Tanpa memandang suamiku) Heheh...maafkan isteri suami...isteri tau suami ada kunci, tapi sengaja tak nak bukak sendiri. Jadi isteri biar jelah sampai suami bukak sendiri.
Suami : Sampai hati isteri. Takpelah....

Ok, masa ni aku dengar bunyi plastik yg dipegang oleh suamiku. Mesti dia belikan sesuatu utk aku ni. Hadiah ari jadi kot! Aku dah mula imagine kot2 yg dia nak hadiahkan bunga mcm yg aku mintak tu. Dan aku bayangkan dia berdiri depan aku sambil unjukkan bunga tu kat aku...surpriseeeeee!!!

Tunggu punye tunggu dlm 2-3 minit gaklah, suami aku duk ngeluh lagi kat belakang aku. Aii, lame bebenor ke nak simpan kasut tu? Aku pun toleh belakang....

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....takde bunga pun :).  Aku pandang benda yg kat tangan dia tu...ok, KEK ARI JADI....yeayyyyyyy!!! (Wlupun sedikit kecewa sbb x dpt bunga). Ape2 pemberian suami pun, kita kena hargai. Aku sambut kek tu dengan gembira dan masa tu muka suami aku sedikit kelat sebab rancangan dia nak surprisekan aku ngan kek tu masa bukak pintu tak m'jadi. Dialog seterusnya :

Aku : Maafkan isteri suami, isteri tak tahu suami nak buat surprise. Sokmo gitu kan, time suami nak buat surprise je mesti x jadi. Sian suami kan? (sambil cium pipi suami tanda maaf - ok, yg belum kwin jgn tiru aksi ni ye)

Suami : Ok, dah tau dah....Isteri memang....

Lepas pujuk2, akhirnya dia ok dan aku ape lagi...x tunggu lama utk makan kek tu. Aku memang hantu kek, jadi ape2 kek pun layannnn...Terima kasih suami, mmmuahhhh!!!

Ye, inilah rupe keknya...SUAMI SAYANG ISTERI. Aik, suami tiru isteri nih...ayat tu sama mcm masa isteri berikan kek pd suami dulu...

 Rupe kek tak cun sgt...tapi sedappp tak t'kata :)


Mari lihat rupa kek yg aku bg kat suami aku dulu..bukan kek besday, tapi kek sesaje beli utk buat suami aku happy.

 Sama kan ayatnya? Tukar kedudukan p'kataan isteri dan suami je.Hmmmmm......

* En. Suami kata dia t'lupe yg cik isteri dah pernah tulis ayat yg sama...boleh?

Wednesday, May 30, 2012

Selamat Ulang Tahun Pn. LJ (",)

 

30 Mei 1983...itu tarikh aku dilahirkan. So arini genap 29 tahun aku bernafas di bumi Allah ni. Semoga tahun ke 29 ni membawa 1001 nikmat buat aku dan keluarga...AMIN. Tertunggu2 kejutan dari suami. Agak2nye ada ke tak? Hahhaa~


Monday, May 28, 2012

Nasi Oh! Nasi... Diet?


Pagi ni pagi yang mengejutkan. Sebelum ni pun dah terkejut dah...tapi arini berganda2 terkejutnya. Pasal pe? Sedeh tul untuk diceritakan. Tapi aku citer gak ar.

Pagi tadi siap2 nak gi keje, pastu sarung la baju kurung yg aku pakai arini. Masuk je kain takat peha, uihhh! Tak lepeh (lepas) doh??!!! Bior betui...Ace teghe (try) lagi..iuhhhh!!!...Akhirnye lepeh gok. Aku pun kancing, ok...boleh lg. Skrg nk zip plak...Uhhhhhh!!! Tak boleh zip...uhuuuuu...rasa nak nanges :(. Huwaaaaaaaaaaa.... aku dah gemukkkkk!!!!! Apa nak buat ni? Apa nak buat?


Suami aku suh tukar baju lain, tapi aku tak mboh (tak nak). Dah seke (seterika) penat2 nak tukar baju lain plak...memang takla. Dalam waktu yg semakin suntuk, aku pun capai gunting, aku tetas benang  yg dijahit kat bahagian lipatan tu. Pastu aku teghe sauk balik...hehee...doh boleh pakai doh (wlupun ketat). Termenung jap aku sepanjang arini, macam mana nak dapatkan bentuk tubuh time muda remaja dulu? (skrg pun muda lg, tp nak masuk 30an dah ---> tak pecaye tul).Oops! Tertulih dlm  bahasa ibunda lak ;)

Semalam pun pas makan nasi, aku dah dapat rasa  dah yg badan aku lain mcm. Kembang semangkuk jer...rasa mcm menggelebeh sana sini. Ahhhhh tidakkkkkk!!!! Ini tidak boleh dibiarkan, aku mesti buat sesuatu demi masa depan body aku...eheh. Tapi cane nak kurus, kalau tiap ari, tiap mlm kami laki bini makan nasi mcm kena rasuk. Se pot aku tanak, sepot gak habis. Letak lebih, lagi la lebih plak makan. Aku cakap ngan suami "Suami, kita ni makan mcm naik hantu kan? Letak se pot nasi, skali hadap je licin. Pastu cane istri nak kurus kalau camni?". Suami aku cam bese tayang gigi sebelum menjawab ringkas "Isteri boyot!". Kuang kuang kuang...tgk tu, suami sape la tu yang ngata isteri sendiri kan :)

Ape aku nak buat ye? Nak ikut cara org lain diet, mcm tak mampu jer (alasan semata2). Aku ni perut nasi, setiap hari kena makan gak nasi walaupun sikit (sepinggan tu kira sikit ke?). "Tak tau la cane nak hidup tanpa nasi" --> Nilah jawapan aku bila sebut bab diet. Habis camno? Haritu gi ngurut masa kat kampung, tukang urut tu bagi petua nak kempiskan perut. Petuanya, rebus segenggam kacang hijau yg kita selalu buat bubur tu. Rebus tanpa garam atau gula. Then, makan kacang hijau rebus tu tiap pagi sebagai brekpest. Amalkan selalu dan lihat hasilnya. Menurut si tukang urut tu lagi, bila dah diamalkan selalu nanti tiapkali nak membuang, lendir2 akan kluar dulu dari badan...pastu baru kuar benda yg kita nak buang tu. Lendir2 tu adalah bahagian lemak yang tak diperlukan oleh badan kita. Huh! Masa dengar tu semangatlah aku nak mencubenya...tapi alih2 sampai sekarang 'nan-hado'.

Kacang hijau

So dek kerana keterperanjatan pagi tadi, aku m'buat azam baru...aku nak wat strategi dalam bab pengurusan makanan harian aku. Tak mau makan nasi dah,  nak banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan banyakkan minum air (tak taulah bertahan brape lama...ekekee). Petang semalam pun aku dah beli baby carrot sbg 'snek' utk aku kunyah2 time lapar kat ofis (arini terlupe lak nak bawak) --> saranan Kevin Azhari yg telah disampaikan oleh ofismate aku. So doakan aku berjaya ye (",)

Baby carrot



Friday, May 25, 2012

Rangkaian Haruman AVON

Bukan nak menjual erk (walaupun aku ni member AVON), jgn salah paham ngan tajuk entri ni. Actually aku nak share tentang koleksi haruman AVON yg aku ada. Aku ni kiranya dari dulu lagi mmg pengguna setia haruman AVON. Tak tau nape, mungkin sebab aku 'tak pandai' nak beli haruman antarabangsa yg ada kat pasaran tu. Haruman antarabangsa aku tau memang sgtlah wanginya...tp bila tgk jer harganya beratus2, terus aku cabut lari dari kedai tu. AVON ni aku kira sesuai la ngan kemampuan aku stakat ni. Paling best bila ada promotion murah2...huh! Sekali 2 botol aku borong (ceh! mcm byk sgt kan). Dapat lak percuma beg, lotion & lipstik bagai...mau tak rabak duit tiap bulan...

So ini antara 'harta' yg aku ada :

Sebenarnya lebih byk dari ini, tapi isinya sudah abis..yg tinggal botolnya je aku simpan wat koleksi




Ini adalah haruman yg paling aku sayang...Sheer Rose dan jugak Dream Life. Yg 1 lagi tu tolak tepi...hehee...Tapi sayang, AVON dah tak kluarkan kedua2nya :(. Jadi sebab tu lah aku simpankan sikit balance yg ada wat kenangan. AVONNNN!!! Tolonglah kluarkan balik dua2 ni...saya mauuuuu!!! Sheer Rose tu peberet sebab bauan ros. Aku tersangatlah suke haruman dari jenis ros, tak tau nape. Masalahnya, susah plak nak jumpa yg bau sedap mcm Sheer Rose ni, tulen rose! (Oh! Melampaunya pujianku). Dream Life tu plak edisi khas time ERRA FAZIRA jadi duta dia dulu. Mmg tak la kan AVON nak kluarkan balik, duta dia pun dah b'ganti baru :(. Frust lagi...Owh, tertinggal lak yg sebelah lagi tu...itu adalah, ermmmm...tak ingat!


Ini pun antara peberet aku, Woman of Earth. Bau dia leh tahan dari pagi sampai ke mlm (slagi kita tak mandi la...hehehe). Sebab lain nape aku suka yg ni adalah - warna hijau! Aku memang kemaruk ngan segala benda yg berwarna hijau (errr...tapi yg logo bulan penuh warna hijau putih tu takde dlm senarai ye -- ce teka apekah ia?). Yg oren tu namanya Wish of Happiness. Yg ni didatangkan bersama 2 lagi adik-bradik dia. Wish of Love ngan Wish of...errr...lupe. nanti aku buat research...ekekee...

Yang penutup putih tu Soft Musk Eau de Cologne 50ml. Dan yg satu lagi tu Jet Femme Eau de Toilette Spray 50ml. Kedua-dua ni adalah barangan hantaran dari suami aku masa kahwin dulu. Adalah lagi set dia yg lain, lupa nak masukkan dalam ini gambar :)




Ini antara haruman yg paling mahal aku ada (tapi x sampai seratus pun...heheee). Namanya Outspoken Intense by Fergie Eau de Parfum 50ml. Baunya tersangatlah wangi dan buat si pemakai rasa mewah. Aku pakai time2 hari istimewa jer sbb sayang! Masa beli ni patutnya dapat percuma Body lotion dia yg colour sama ngan perfume tu, tapi sbb stokis Avon kehabisan stok, diberinya adik bradik Outspoken ni yg lain. Oklah jugak, leh cuba 2 jenis haruman. Hmmm...yg biru tu bau dia lagi sedap kot!
 

Ini jugak kesayangan aku. Little Red DressEau de Parfum 50ml. Bauan dari oriental fruity. Sangat best baunya. Didatangkan  percuma bersama Little Black dress Purse Concentrate 9ml (see, percuma lagi kan?). Yg sebelah tu plak Live Without Regrets By Reese Witherspoon Eau de Parfum Spray 50ml. Masih berbalut dlm plastik, tak pernah pakai lagi. Masa aku beli ni, dapatlah percuma (percuma lagi) handbag comel mcm dlm  ni :

Haruman jenis ni ada 3 bradik semuanya...pun wangi jugak yg lain tu. Cuma citarasa aku lebih kpd yg Live tu..




Yang ini aku beli sepasang. 1 untuk aku, 1 lagi utk suami (konon2 sweet la tu). Bau dia not bad la tapi tak kuat sgt & tak tahan sampai petang kot! Sebab bila masuk jer petang aku dah tak bau ape dah. Nama dia Simple Element EDT Spray. Memang simple la kan...


Keluaran terbaru Avon masa tu...dapat percuma beg gak. Sekali lagi aku beli sepasang utk aku & suami (kalau tak beli sepasang, tak dptlah percuma beg...heheee. Pandai kan AVON ni tarik hati insan yg 'pemurah' mcm aku ni?) Owh! Lupa plak nak nyatakan nama dia. Free O2 EDT Spray 50ml for Her & for Him.

Jadi inilah antara koleksi yang aku ada. Nanti kalau (K.A.L.A.U ye tuan2 & puan2) aku rajin, aku upload lagi gambar haruman AVON yg dah aku habiskan :-P

Moral of da story : Belilah barangan AVON...yeayyyy!!!

Wednesday, May 16, 2012

Angry Birds + Birthday Suami lagi...

Salam.
Sekali lagi aku m'biarkan blog aku b'sawang...huh! Ini adalah entri yg t'tangguh. Jadi aku ringkaskan sehabis mungkin. Utk birthday suami aku yg lps, aku bukan takat blanja  makan jer, tp aku hadiahkan sesuatu yg 'sweet' sgt kt dia...(pada akulah). Ckp byk x guna, jom layan gambar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dibungkus cantik oleh Speky Cookiez

Set Angry Birds! Aku tempah khas buat suami...sesuai ngan hobi kami skrg...hahahaa...

Angry Bird yg putih (telur) tu jer takde...never mind...
Kad buatan tgn sendiri...Aku pakai bahan apa yg ada je kat opis ni...

Muka depan...ehem :)
Kat bahagian dalam...LIFE PARTNER (FOREVER)
Mula tu jenuh gak pikir macam mana la aku nak bawak balik benda alah ni...mesti suami aku tanya 'Benda ape tu?'. Tak surprise la nanti. Nasib baik ada Yana. Kebetulan dia nak bagi aku sebahagian kecil lg dari barang2 hantaran kahwin dia untuk aku gubah. So aku tipon suami, aku minta dia jemput aku balik dgn kete sbb nak bawak byk brg! Aku sorokkan hadiah ni dlm kotak brg hantaran Yana...heheh! pandai x aku? (sambil angkat kening --> eksyenkamen)

Dah selamat bawak balik umah dan diberikan kepada yg berhak :)
Suami aku jelas t'haru dgn pemberian x disangka2 ni (rasanya la...hahaha).

Giliran suami pulak amik gambar...jadi susun camnih :))
So kalau sesapa nak order leh le lawat blog ni www.spekycookiez.blogspot. B'macam2 pilihan yang ada. cakap je korang nak mcm mana...InsyaAllah, dia boleh buatkan. Boleh disesuaikan dengan brape byk budget yg kita ada. TQVM Speky Cookiez...nanti nak order lg la ('',)

Nyum2...

Tuesday, April 10, 2012

Besday Suami

Dah lama x buat entri...byk benda nak citer, tapi duk tangguh2. This time nak citer ttg besday suami aku yg telah pun berlalu pada 6/4/2012 lps. Ape yg aku bg kat dia?. Ikutkan, suami aku mintak set batang pancing...amoh, amoh, amoh....dia mintak cam aku ni cop duit jerk. Besday aku nanti belum tentu aku dpt adiah mahal2, aku minta Samsung Galaxy pun dia just senyum kambing je kat aku. Dlm erti kata yg lebih terang lg benderang...memang x dptla, ekekeee. Jadi sempena besday dia ni aku hanya belanja dia makan. Alasan konkrit aku bg kat suami "Bagi makan tu boleh beri abg daging tambahan sbb makanan tu akan jd darah daging kita...ok what?".

Aku bagi dia pilihan. Nak aku belanja makan chicken chop ke, Pizza Hut atau...Belum sempat aku bg cadangan seterusnya dia terus m'celah "Kenny Rogers!". Mak aih, laju jer. So kat situlah aku belanja dia. Ape yg kami makan?




Americano (Suami aku bygkan air ni mcm air coklat taruk susu mcm gambar yg dia tgk dlm menu, alih2 mcm air nescafe je..kosong)
Muffin coklat

Ni pilihan suami
Dan ini pilihan isteri :)

Aku belikan kek comel je utk dia...hehehe. Ape ke benda nama penuhnya aku tak ingat. Tp nama pendek OASIS ('',)

Thursday, March 15, 2012

Pakai Tudung

Hari ni nak citer ttg aku dan tudung. Macam mana aku mula b'tudung nih. Bukanlah nak tunjuk baik ke ape, tapi nak kongsi jer pengalaman aku yg tak seberapa nih...

Kisahnye, jarak umur aku ngan adik aku si Ju cume 1 tahun. Aku Darjah 3, dia plak Darjah 2. Jadi antara kami tak jauh b'beza. Cumanya adik aku ni kategori baik sikit (sikit jer...hehee) b'banding aku. Kami pergi & balik sekolah bersama. Dia suke pakai baju kurung, aku? Mak aku dah sarungkan aku ngan baju skolah jenis skirt tu dari Darjah 1 lg. Baju kurung ada gak pakai, b'gilir2 ngan skirt. Adik aku dulu pun pakai gak skirt nih, tapi sejak dia dapat hidayah utk pakai tudung, dia tak pakai dah skirt2 nih. Giler nak pakai skirt pastu pakai tudung? Hilang akal ape?


Di suatu petang yg damai  waktu aku ngan Ju balik dari sekolah, kami merentas jalan rumah2 jiran...shortcut katanya..huhu.


Last corner nak sampai umah dah ni, tetibe...

<sila click pada gambar utk dialog yg lebih jelas>

Aiyakkkk!!! Tebalnye muka aku masa tu. Boleh lak makcik2 ni ngata aku depan2. Kurang asam betul! Walaupun aku kecik lagi masa tu, suci murni tak tahu ape2...tapi aku pun ada perasaan. Rabak kejap hati aku waktu tu. Ape agaknye dosa aku ngan makcik tuh sampai dia sanggup mencalarkan hati suci kanak2 kecil spt aku nih...sob...sob...

Setelah aku dimalukan sedemikian rupe tanpa belas kasihan, aku pun nekad utk pakai tudung. Habis sume lemari mak, aku 'lembang' (sepahkan).

 
Last2 jumpe tudung segi empat tepat tu. Tudung jenis ni memang femes time tu. Leh ikat kat belakang jer, senang. Aku pun pakailah dgn bangganya. Gi main ngan kawan2 pakai tudung, keluar rumah jer..pakai tudung. Yg paling hebatnya, dlm umah pun pakai tudung. Perghhh!!!


Tapi sesuatu yg aku tak tahu, iaitu jgn pakai tudung kalau rambut tgh basah. Rambut aku ni panjang, jd pas mandi jer tanpa memikirkan masa depan aku terus sauk tudung utk pakai. Bukan takat tudung luar je ye, siap ngan anak tudung skali ok. Jadi bayangkan betapa t'perapnya rambutku yg panjang tu dlm tudung. Masa tu aku mmg innocent giler (uwekkk).

Sampailah 1 hari, rambut aku jadi berbau hapak. Pastu kepala gatal2. Aku ingatkan gatal nape. Rupenye ada binatang kecik warna hitam yg suke merayap2 atas kepala aku. Siap b'telur lagi. Kurang ajar betul! Ingat kepala aku ni sarang korg ke ape? Cpt turun! Turunla weiii! Haram nak turun...biadap betul K>U>T>U ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Takde gambar...huahuahuahuaaaaa...!!!

Lepas tu, sume kawan2 tak nak dkt ngan aku, sbb takut jangkit ngan binatang tu. Owhhh! Sekali lagi aku rasa terhina. Aku lemah dan tidak berdaya, hingga hampir me'mengsan'kan diri utk meraih simpati mereka (Ok2, nampak sgt aku sengaja lebih2). Nasib baik embah (nenek) aku ada. Dia spray rambut aku ngan Ridsect. Kemudian dia balut ngan tuala. Kononnya bagi K>U>T>U tu lemas. Caye tak? Aku caye...hahahaa. Tapi cara tu tak begitu berjaya. Jadi embah gunakan cara lain plak. Mcm2 cara sampailah akhirnye kepala aku bersih dari binatang tak tau adab lg sopan tu. Ngeh...ngeh...ngeh... :).

Gitulah citernye mcm mana aku mula pakai tudung. Kes binatang tu tak melemahkan aku dan aku kekal b'tudung hingga sekarang. Cume aku dah pandai jaga kebersihan rambut aku utk elak masalah sama berulang. Makcik2 tu pun tak ngata aku dah kot.

Wednesday, March 14, 2012

Musim Angry Birds

Salam... (sambil buang sawang dlm blog ni)

Dah lama tak update blog, padahal idea mencurah2 dlm kepala ni. Nak kata bz, tak jugak. Ok, bz sebenarnya. Bz kejar skor tertinggi dalam game Angry Birds. Phewww...(lap peluh kat dahi).

Aku asalnya tak minat main game2 ni, sebab takut kalah, tambah2 game yg makan2 tu - PAC MAN kot. Takut kena makan sebelum sempat aku makan semua titik2 tu. Boleh?


Satu-satunya yang aku pandai main, game yang susun2 tu...ha tu jer lah. Tu pun kalau kalah terus aku benti main.


Tapi sejak b'kahwin ngan suami yg aku cintai ni *malu* aku dah t'jebak lak ngan aktiviti ni. Sebab aku sakit hati duk tgk dia ralit main game dalam FB sampai aku rasa dia abaikan aku. Dia kalau dah ngadap game tu  (game yg tanam2 bunga jaga umah tu, pastu ada zombie dtg serang) sepatah kata pun tak cakap ngan aku. Jenuhla aku ketuk2 dinding umah tu sambil bg dialog ni kat dia.

"Dinding2, saya ckp ngan awak jelah ye. Saya bosan tgk tv sorg2. Awak temankan ye. Best tak citer ni? Bla...bla...bla..."

Suami aku leh buat dek jer. Takpe...

"Dinding, nape awak tak nak cakap ngan saya? Kesian tau kat saya ni...Tengok tu, awak diam lagi ". Kali ni aku naikkan volume suara aku bg suami dengar.

"Maaf isteri, ok2...suami temankan isteri. Tapi suami nak main game ni. Erm, arini suami bagi isteri pegang remote tv ni, tgklah citer ape isteri nak tgk...suami bagi. Suami tak kacau.."

Aku pandang dia. "Best sgt ke game tu sampai tak nak temankan isteri?" --> wat muka sedeh

Suami aku diam, senyum tayang gigi...Patah hati aku, macam pohon kayu yg tumbang (T.I.P.U).

"Bak sini handphone suami tu, meh nak main game ape yg ada dlm ni. Nak tgk best ke tak"

Aku pun main la satu game ni 'Ninja Kaka'.


Game lain nampak t'lalu mencabar, aku tak reti, tak minat dan tak nak sakitkan hati sendiri kalau kalah. Huyoo!!! Dpt highest marks utk game ni. Huh! Terror rupenye isteri kamu ni kan suami :-P? Lepas tu aku duk tgk suami aku layan game Angry Birds lak. Diam2 aku cube game tu. Makin lama makin sronok dan akhirnya aku t'jebak gak ngan Angry Birds ni. Semakin parah sbb sangup b'jaga sampai 2-3 pagi, pernah jugak t'lajak sampai 5 pg...Dah berebut lak ngan suami nak main hp ngan laptop dia. Gitulah kisah ttg hobi baru aku :)

utk stage ni aku belum dpt sebijik bintang pun...sedey tul la

yg ni baru dpt 2 bintang, jenuh nak dptkan 3