Wednesday, May 30, 2012

Selamat Ulang Tahun Pn. LJ (",)

 

30 Mei 1983...itu tarikh aku dilahirkan. So arini genap 29 tahun aku bernafas di bumi Allah ni. Semoga tahun ke 29 ni membawa 1001 nikmat buat aku dan keluarga...AMIN. Tertunggu2 kejutan dari suami. Agak2nye ada ke tak? Hahhaa~


Monday, May 28, 2012

Nasi Oh! Nasi... Diet?


Pagi ni pagi yang mengejutkan. Sebelum ni pun dah terkejut dah...tapi arini berganda2 terkejutnya. Pasal pe? Sedeh tul untuk diceritakan. Tapi aku citer gak ar.

Pagi tadi siap2 nak gi keje, pastu sarung la baju kurung yg aku pakai arini. Masuk je kain takat peha, uihhh! Tak lepeh (lepas) doh??!!! Bior betui...Ace teghe (try) lagi..iuhhhh!!!...Akhirnye lepeh gok. Aku pun kancing, ok...boleh lg. Skrg nk zip plak...Uhhhhhh!!! Tak boleh zip...uhuuuuu...rasa nak nanges :(. Huwaaaaaaaaaaa.... aku dah gemukkkkk!!!!! Apa nak buat ni? Apa nak buat?


Suami aku suh tukar baju lain, tapi aku tak mboh (tak nak). Dah seke (seterika) penat2 nak tukar baju lain plak...memang takla. Dalam waktu yg semakin suntuk, aku pun capai gunting, aku tetas benang  yg dijahit kat bahagian lipatan tu. Pastu aku teghe sauk balik...hehee...doh boleh pakai doh (wlupun ketat). Termenung jap aku sepanjang arini, macam mana nak dapatkan bentuk tubuh time muda remaja dulu? (skrg pun muda lg, tp nak masuk 30an dah ---> tak pecaye tul).Oops! Tertulih dlm  bahasa ibunda lak ;)

Semalam pun pas makan nasi, aku dah dapat rasa  dah yg badan aku lain mcm. Kembang semangkuk jer...rasa mcm menggelebeh sana sini. Ahhhhh tidakkkkkk!!!! Ini tidak boleh dibiarkan, aku mesti buat sesuatu demi masa depan body aku...eheh. Tapi cane nak kurus, kalau tiap ari, tiap mlm kami laki bini makan nasi mcm kena rasuk. Se pot aku tanak, sepot gak habis. Letak lebih, lagi la lebih plak makan. Aku cakap ngan suami "Suami, kita ni makan mcm naik hantu kan? Letak se pot nasi, skali hadap je licin. Pastu cane istri nak kurus kalau camni?". Suami aku cam bese tayang gigi sebelum menjawab ringkas "Isteri boyot!". Kuang kuang kuang...tgk tu, suami sape la tu yang ngata isteri sendiri kan :)

Ape aku nak buat ye? Nak ikut cara org lain diet, mcm tak mampu jer (alasan semata2). Aku ni perut nasi, setiap hari kena makan gak nasi walaupun sikit (sepinggan tu kira sikit ke?). "Tak tau la cane nak hidup tanpa nasi" --> Nilah jawapan aku bila sebut bab diet. Habis camno? Haritu gi ngurut masa kat kampung, tukang urut tu bagi petua nak kempiskan perut. Petuanya, rebus segenggam kacang hijau yg kita selalu buat bubur tu. Rebus tanpa garam atau gula. Then, makan kacang hijau rebus tu tiap pagi sebagai brekpest. Amalkan selalu dan lihat hasilnya. Menurut si tukang urut tu lagi, bila dah diamalkan selalu nanti tiapkali nak membuang, lendir2 akan kluar dulu dari badan...pastu baru kuar benda yg kita nak buang tu. Lendir2 tu adalah bahagian lemak yang tak diperlukan oleh badan kita. Huh! Masa dengar tu semangatlah aku nak mencubenya...tapi alih2 sampai sekarang 'nan-hado'.

Kacang hijau

So dek kerana keterperanjatan pagi tadi, aku m'buat azam baru...aku nak wat strategi dalam bab pengurusan makanan harian aku. Tak mau makan nasi dah,  nak banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan banyakkan minum air (tak taulah bertahan brape lama...ekekee). Petang semalam pun aku dah beli baby carrot sbg 'snek' utk aku kunyah2 time lapar kat ofis (arini terlupe lak nak bawak) --> saranan Kevin Azhari yg telah disampaikan oleh ofismate aku. So doakan aku berjaya ye (",)

Baby carrot



Friday, May 25, 2012

Rangkaian Haruman AVON

Bukan nak menjual erk (walaupun aku ni member AVON), jgn salah paham ngan tajuk entri ni. Actually aku nak share tentang koleksi haruman AVON yg aku ada. Aku ni kiranya dari dulu lagi mmg pengguna setia haruman AVON. Tak tau nape, mungkin sebab aku 'tak pandai' nak beli haruman antarabangsa yg ada kat pasaran tu. Haruman antarabangsa aku tau memang sgtlah wanginya...tp bila tgk jer harganya beratus2, terus aku cabut lari dari kedai tu. AVON ni aku kira sesuai la ngan kemampuan aku stakat ni. Paling best bila ada promotion murah2...huh! Sekali 2 botol aku borong (ceh! mcm byk sgt kan). Dapat lak percuma beg, lotion & lipstik bagai...mau tak rabak duit tiap bulan...

So ini antara 'harta' yg aku ada :

Sebenarnya lebih byk dari ini, tapi isinya sudah abis..yg tinggal botolnya je aku simpan wat koleksi




Ini adalah haruman yg paling aku sayang...Sheer Rose dan jugak Dream Life. Yg 1 lagi tu tolak tepi...hehee...Tapi sayang, AVON dah tak kluarkan kedua2nya :(. Jadi sebab tu lah aku simpankan sikit balance yg ada wat kenangan. AVONNNN!!! Tolonglah kluarkan balik dua2 ni...saya mauuuuu!!! Sheer Rose tu peberet sebab bauan ros. Aku tersangatlah suke haruman dari jenis ros, tak tau nape. Masalahnya, susah plak nak jumpa yg bau sedap mcm Sheer Rose ni, tulen rose! (Oh! Melampaunya pujianku). Dream Life tu plak edisi khas time ERRA FAZIRA jadi duta dia dulu. Mmg tak la kan AVON nak kluarkan balik, duta dia pun dah b'ganti baru :(. Frust lagi...Owh, tertinggal lak yg sebelah lagi tu...itu adalah, ermmmm...tak ingat!


Ini pun antara peberet aku, Woman of Earth. Bau dia leh tahan dari pagi sampai ke mlm (slagi kita tak mandi la...hehehe). Sebab lain nape aku suka yg ni adalah - warna hijau! Aku memang kemaruk ngan segala benda yg berwarna hijau (errr...tapi yg logo bulan penuh warna hijau putih tu takde dlm senarai ye -- ce teka apekah ia?). Yg oren tu namanya Wish of Happiness. Yg ni didatangkan bersama 2 lagi adik-bradik dia. Wish of Love ngan Wish of...errr...lupe. nanti aku buat research...ekekee...

Yang penutup putih tu Soft Musk Eau de Cologne 50ml. Dan yg satu lagi tu Jet Femme Eau de Toilette Spray 50ml. Kedua-dua ni adalah barangan hantaran dari suami aku masa kahwin dulu. Adalah lagi set dia yg lain, lupa nak masukkan dalam ini gambar :)




Ini antara haruman yg paling mahal aku ada (tapi x sampai seratus pun...heheee). Namanya Outspoken Intense by Fergie Eau de Parfum 50ml. Baunya tersangatlah wangi dan buat si pemakai rasa mewah. Aku pakai time2 hari istimewa jer sbb sayang! Masa beli ni patutnya dapat percuma Body lotion dia yg colour sama ngan perfume tu, tapi sbb stokis Avon kehabisan stok, diberinya adik bradik Outspoken ni yg lain. Oklah jugak, leh cuba 2 jenis haruman. Hmmm...yg biru tu bau dia lagi sedap kot!
 

Ini jugak kesayangan aku. Little Red DressEau de Parfum 50ml. Bauan dari oriental fruity. Sangat best baunya. Didatangkan  percuma bersama Little Black dress Purse Concentrate 9ml (see, percuma lagi kan?). Yg sebelah tu plak Live Without Regrets By Reese Witherspoon Eau de Parfum Spray 50ml. Masih berbalut dlm plastik, tak pernah pakai lagi. Masa aku beli ni, dapatlah percuma (percuma lagi) handbag comel mcm dlm  ni :

Haruman jenis ni ada 3 bradik semuanya...pun wangi jugak yg lain tu. Cuma citarasa aku lebih kpd yg Live tu..




Yang ini aku beli sepasang. 1 untuk aku, 1 lagi utk suami (konon2 sweet la tu). Bau dia not bad la tapi tak kuat sgt & tak tahan sampai petang kot! Sebab bila masuk jer petang aku dah tak bau ape dah. Nama dia Simple Element EDT Spray. Memang simple la kan...


Keluaran terbaru Avon masa tu...dapat percuma beg gak. Sekali lagi aku beli sepasang utk aku & suami (kalau tak beli sepasang, tak dptlah percuma beg...heheee. Pandai kan AVON ni tarik hati insan yg 'pemurah' mcm aku ni?) Owh! Lupa plak nak nyatakan nama dia. Free O2 EDT Spray 50ml for Her & for Him.

Jadi inilah antara koleksi yang aku ada. Nanti kalau (K.A.L.A.U ye tuan2 & puan2) aku rajin, aku upload lagi gambar haruman AVON yg dah aku habiskan :-P

Moral of da story : Belilah barangan AVON...yeayyyy!!!

Wednesday, May 16, 2012

Angry Birds + Birthday Suami lagi...

Salam.
Sekali lagi aku m'biarkan blog aku b'sawang...huh! Ini adalah entri yg t'tangguh. Jadi aku ringkaskan sehabis mungkin. Utk birthday suami aku yg lps, aku bukan takat blanja  makan jer, tp aku hadiahkan sesuatu yg 'sweet' sgt kt dia...(pada akulah). Ckp byk x guna, jom layan gambar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dibungkus cantik oleh Speky Cookiez

Set Angry Birds! Aku tempah khas buat suami...sesuai ngan hobi kami skrg...hahahaa...

Angry Bird yg putih (telur) tu jer takde...never mind...
Kad buatan tgn sendiri...Aku pakai bahan apa yg ada je kat opis ni...

Muka depan...ehem :)
Kat bahagian dalam...LIFE PARTNER (FOREVER)
Mula tu jenuh gak pikir macam mana la aku nak bawak balik benda alah ni...mesti suami aku tanya 'Benda ape tu?'. Tak surprise la nanti. Nasib baik ada Yana. Kebetulan dia nak bagi aku sebahagian kecil lg dari barang2 hantaran kahwin dia untuk aku gubah. So aku tipon suami, aku minta dia jemput aku balik dgn kete sbb nak bawak byk brg! Aku sorokkan hadiah ni dlm kotak brg hantaran Yana...heheh! pandai x aku? (sambil angkat kening --> eksyenkamen)

Dah selamat bawak balik umah dan diberikan kepada yg berhak :)
Suami aku jelas t'haru dgn pemberian x disangka2 ni (rasanya la...hahaha).

Giliran suami pulak amik gambar...jadi susun camnih :))
So kalau sesapa nak order leh le lawat blog ni www.spekycookiez.blogspot. B'macam2 pilihan yang ada. cakap je korang nak mcm mana...InsyaAllah, dia boleh buatkan. Boleh disesuaikan dengan brape byk budget yg kita ada. TQVM Speky Cookiez...nanti nak order lg la ('',)

Nyum2...