Wednesday, March 14, 2012

Musim Angry Birds

Salam... (sambil buang sawang dlm blog ni)

Dah lama tak update blog, padahal idea mencurah2 dlm kepala ni. Nak kata bz, tak jugak. Ok, bz sebenarnya. Bz kejar skor tertinggi dalam game Angry Birds. Phewww...(lap peluh kat dahi).

Aku asalnya tak minat main game2 ni, sebab takut kalah, tambah2 game yg makan2 tu - PAC MAN kot. Takut kena makan sebelum sempat aku makan semua titik2 tu. Boleh?


Satu-satunya yang aku pandai main, game yang susun2 tu...ha tu jer lah. Tu pun kalau kalah terus aku benti main.


Tapi sejak b'kahwin ngan suami yg aku cintai ni *malu* aku dah t'jebak lak ngan aktiviti ni. Sebab aku sakit hati duk tgk dia ralit main game dalam FB sampai aku rasa dia abaikan aku. Dia kalau dah ngadap game tu  (game yg tanam2 bunga jaga umah tu, pastu ada zombie dtg serang) sepatah kata pun tak cakap ngan aku. Jenuhla aku ketuk2 dinding umah tu sambil bg dialog ni kat dia.

"Dinding2, saya ckp ngan awak jelah ye. Saya bosan tgk tv sorg2. Awak temankan ye. Best tak citer ni? Bla...bla...bla..."

Suami aku leh buat dek jer. Takpe...

"Dinding, nape awak tak nak cakap ngan saya? Kesian tau kat saya ni...Tengok tu, awak diam lagi ". Kali ni aku naikkan volume suara aku bg suami dengar.

"Maaf isteri, ok2...suami temankan isteri. Tapi suami nak main game ni. Erm, arini suami bagi isteri pegang remote tv ni, tgklah citer ape isteri nak tgk...suami bagi. Suami tak kacau.."

Aku pandang dia. "Best sgt ke game tu sampai tak nak temankan isteri?" --> wat muka sedeh

Suami aku diam, senyum tayang gigi...Patah hati aku, macam pohon kayu yg tumbang (T.I.P.U).

"Bak sini handphone suami tu, meh nak main game ape yg ada dlm ni. Nak tgk best ke tak"

Aku pun main la satu game ni 'Ninja Kaka'.


Game lain nampak t'lalu mencabar, aku tak reti, tak minat dan tak nak sakitkan hati sendiri kalau kalah. Huyoo!!! Dpt highest marks utk game ni. Huh! Terror rupenye isteri kamu ni kan suami :-P? Lepas tu aku duk tgk suami aku layan game Angry Birds lak. Diam2 aku cube game tu. Makin lama makin sronok dan akhirnya aku t'jebak gak ngan Angry Birds ni. Semakin parah sbb sangup b'jaga sampai 2-3 pagi, pernah jugak t'lajak sampai 5 pg...Dah berebut lak ngan suami nak main hp ngan laptop dia. Gitulah kisah ttg hobi baru aku :)

utk stage ni aku belum dpt sebijik bintang pun...sedey tul la

yg ni baru dpt 2 bintang, jenuh nak dptkan 3



No comments:

Post a Comment