Wednesday, June 13, 2012

Hadiah dari Suami

Dlm entri lepas aku ada sebut tentang kejutan dari suami aku sbg hadiah hari jadi. Jawapannya? Tak de kejutan...yeayyyyyy :-(. Tapi petang tu dia belanja makan pizza then malamnya kami gi tengok wayang kat Wangsa Walk. Kami tengok citer The Avengers. Ok2, for sure ramai dah tengok citer ni & kami ni leh dikatakan ketinggalan ketapi dah...tapi tak pe, selagi masih ditayangkan kami nak tengok gak. Actually, aku tak kisah pun citer apa yang kami tengok. Yang penting aku dapat spend time with my sweeties husband (oh, sila tahan muntah). Dah lama rasanya tak tengok wayang berdua macam zaman bertunang dulu. Romantik...tengok mid nite lagi. Heheh~

Esoknya pulak, petang masa suami amik aku balik keje dia bagitau yg dia nak gi gunting rambut.
Suami : Isteri, nak duit 5 inggit. Nak gunting rambut. Abang tak cucuk duit lagi.
Aku : Ok.

Lalu je kat kedai gunting rambut dlm kawasan perumahan kami tu...tutup plak. Jadi suami terus hantar aku kat rumah. Kat parking motor tu :
Suami : Isteri, nak 8 inggit.
Aku : Aik??! tadi  5, skrg naik 8 plak?
Suami : Gunting rambut kat kedai luar 8 inggit (sambil sengih tayang gigi)
Aku : Ok...jap (Aku belek purse aku, nak cari ngam2 8 inggit)
Suami : Bagi jelah 10 tu~
Aku : Amboi, tadi 5, pastu naik 8, skrg nak 10 plak? Tak boleh! Isteri nak cari ngam2 8 inggit je bg kat suami..heheh~

Cari punya cari, ada 8 inggit. Tapi sayang plak nak bg duit pecah ni. So aku bg jelah seketul 10 inggit. Then suami aku gi kedai gunting rambut & aku naik rumah mcm biasa. Around 7.30 mlm kot, suami aku mcm penceroboh duk try bukak pintu rumah kami, padahal kunci rumah ada sgt. Aku yg tengah baring2  tengok tv tu tak kuasa nak layan (hahaha...baik punye bini). Biar dia bukak sendiri, sengaja je nak susahkan bini dia yg cun ni (ok, kali ni boleh muntah). Aku buat2 tidur, jadi suami aku pun bukak pintu sendiri sambil mengeluh.

Suami : Assalamualaikum. (Tgk, baru nak bagi salam). Sampai hati isteri tak tolong bukak pintu utk suami.
Aku : (Tanpa memandang suamiku) Heheh...maafkan isteri suami...isteri tau suami ada kunci, tapi sengaja tak nak bukak sendiri. Jadi isteri biar jelah sampai suami bukak sendiri.
Suami : Sampai hati isteri. Takpelah....

Ok, masa ni aku dengar bunyi plastik yg dipegang oleh suamiku. Mesti dia belikan sesuatu utk aku ni. Hadiah ari jadi kot! Aku dah mula imagine kot2 yg dia nak hadiahkan bunga mcm yg aku mintak tu. Dan aku bayangkan dia berdiri depan aku sambil unjukkan bunga tu kat aku...surpriseeeeee!!!

Tunggu punye tunggu dlm 2-3 minit gaklah, suami aku duk ngeluh lagi kat belakang aku. Aii, lame bebenor ke nak simpan kasut tu? Aku pun toleh belakang....

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....takde bunga pun :).  Aku pandang benda yg kat tangan dia tu...ok, KEK ARI JADI....yeayyyyyyy!!! (Wlupun sedikit kecewa sbb x dpt bunga). Ape2 pemberian suami pun, kita kena hargai. Aku sambut kek tu dengan gembira dan masa tu muka suami aku sedikit kelat sebab rancangan dia nak surprisekan aku ngan kek tu masa bukak pintu tak m'jadi. Dialog seterusnya :

Aku : Maafkan isteri suami, isteri tak tahu suami nak buat surprise. Sokmo gitu kan, time suami nak buat surprise je mesti x jadi. Sian suami kan? (sambil cium pipi suami tanda maaf - ok, yg belum kwin jgn tiru aksi ni ye)

Suami : Ok, dah tau dah....Isteri memang....

Lepas pujuk2, akhirnya dia ok dan aku ape lagi...x tunggu lama utk makan kek tu. Aku memang hantu kek, jadi ape2 kek pun layannnn...Terima kasih suami, mmmuahhhh!!!

Ye, inilah rupe keknya...SUAMI SAYANG ISTERI. Aik, suami tiru isteri nih...ayat tu sama mcm masa isteri berikan kek pd suami dulu...

 Rupe kek tak cun sgt...tapi sedappp tak t'kata :)


Mari lihat rupa kek yg aku bg kat suami aku dulu..bukan kek besday, tapi kek sesaje beli utk buat suami aku happy.

 Sama kan ayatnya? Tukar kedudukan p'kataan isteri dan suami je.Hmmmmm......

* En. Suami kata dia t'lupe yg cik isteri dah pernah tulis ayat yg sama...boleh?

3 comments: