Monday, May 28, 2012

Nasi Oh! Nasi... Diet?


Pagi ni pagi yang mengejutkan. Sebelum ni pun dah terkejut dah...tapi arini berganda2 terkejutnya. Pasal pe? Sedeh tul untuk diceritakan. Tapi aku citer gak ar.

Pagi tadi siap2 nak gi keje, pastu sarung la baju kurung yg aku pakai arini. Masuk je kain takat peha, uihhh! Tak lepeh (lepas) doh??!!! Bior betui...Ace teghe (try) lagi..iuhhhh!!!...Akhirnye lepeh gok. Aku pun kancing, ok...boleh lg. Skrg nk zip plak...Uhhhhhh!!! Tak boleh zip...uhuuuuu...rasa nak nanges :(. Huwaaaaaaaaaaa.... aku dah gemukkkkk!!!!! Apa nak buat ni? Apa nak buat?


Suami aku suh tukar baju lain, tapi aku tak mboh (tak nak). Dah seke (seterika) penat2 nak tukar baju lain plak...memang takla. Dalam waktu yg semakin suntuk, aku pun capai gunting, aku tetas benang  yg dijahit kat bahagian lipatan tu. Pastu aku teghe sauk balik...hehee...doh boleh pakai doh (wlupun ketat). Termenung jap aku sepanjang arini, macam mana nak dapatkan bentuk tubuh time muda remaja dulu? (skrg pun muda lg, tp nak masuk 30an dah ---> tak pecaye tul).Oops! Tertulih dlm  bahasa ibunda lak ;)

Semalam pun pas makan nasi, aku dah dapat rasa  dah yg badan aku lain mcm. Kembang semangkuk jer...rasa mcm menggelebeh sana sini. Ahhhhh tidakkkkkk!!!! Ini tidak boleh dibiarkan, aku mesti buat sesuatu demi masa depan body aku...eheh. Tapi cane nak kurus, kalau tiap ari, tiap mlm kami laki bini makan nasi mcm kena rasuk. Se pot aku tanak, sepot gak habis. Letak lebih, lagi la lebih plak makan. Aku cakap ngan suami "Suami, kita ni makan mcm naik hantu kan? Letak se pot nasi, skali hadap je licin. Pastu cane istri nak kurus kalau camni?". Suami aku cam bese tayang gigi sebelum menjawab ringkas "Isteri boyot!". Kuang kuang kuang...tgk tu, suami sape la tu yang ngata isteri sendiri kan :)

Ape aku nak buat ye? Nak ikut cara org lain diet, mcm tak mampu jer (alasan semata2). Aku ni perut nasi, setiap hari kena makan gak nasi walaupun sikit (sepinggan tu kira sikit ke?). "Tak tau la cane nak hidup tanpa nasi" --> Nilah jawapan aku bila sebut bab diet. Habis camno? Haritu gi ngurut masa kat kampung, tukang urut tu bagi petua nak kempiskan perut. Petuanya, rebus segenggam kacang hijau yg kita selalu buat bubur tu. Rebus tanpa garam atau gula. Then, makan kacang hijau rebus tu tiap pagi sebagai brekpest. Amalkan selalu dan lihat hasilnya. Menurut si tukang urut tu lagi, bila dah diamalkan selalu nanti tiapkali nak membuang, lendir2 akan kluar dulu dari badan...pastu baru kuar benda yg kita nak buang tu. Lendir2 tu adalah bahagian lemak yang tak diperlukan oleh badan kita. Huh! Masa dengar tu semangatlah aku nak mencubenya...tapi alih2 sampai sekarang 'nan-hado'.

Kacang hijau

So dek kerana keterperanjatan pagi tadi, aku m'buat azam baru...aku nak wat strategi dalam bab pengurusan makanan harian aku. Tak mau makan nasi dah,  nak banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan banyakkan minum air (tak taulah bertahan brape lama...ekekee). Petang semalam pun aku dah beli baby carrot sbg 'snek' utk aku kunyah2 time lapar kat ofis (arini terlupe lak nak bawak) --> saranan Kevin Azhari yg telah disampaikan oleh ofismate aku. So doakan aku berjaya ye (",)

Baby carrot



2 comments: